My Nuffnang

Friday, October 11, 2013

Demi Dia yang Ku cinta - Balqis Airin

Epilog

Surat buat Mama tersayang,
Assalamualaikum buat Mama yang teramat Aqis sayangi. Mama, Aqis tahu Aqis bersalah kerana pergi meninggalkan mama keseorangan. Mama, kepergian Aqis mungkin akan menjadi saat manis buat mama. Aqis tahu, selama ini, mama tak pernah sayangkan Aqis macam anak kandung mama. Mama, Aqis cuma nak tahu, kenapa mama bencikan Aqis? Apa salah Aqis selama ini? Setahu Aqis, Aqis hormat mama, Aqis sayangkan mama, tapi kenapa mama layan Aqis macam anak tiri mama? Siapa Aqis sebenarnya? Bagitahu Aqis mama.Tolong jangan siksa jiwa  Aqis mama. Mama nak tahu sesuatu tak mama? Sepuluh tahun lalu, sewaktu Aqis menjengah ke tahun  satu,  Aqis selalu tengok kawan-kawan dihantar oleh ibu mereka, sebelum ibu mereka balik, mereka dicium dengan penuh kasih sayang dan juga diberikan bekal makanan. Aqis teringin mama. Teringin sangat nak mama layan Aqis macam tu. Tapi Aqis tak boleh terlalu berharap, Aqis tahu Aqis takkan pernah dapat semua tu. Mama, Aqis pergi bukan sebab Aqis benci tapi Aqis pergi nak mencari diri sendiri. Aqis nak cari bahagia mama. Bahagia yang tak pernah Aqis dapat dari mama. Aqis minta maaf kalau surat Aqis ni buat mama makin benci pada Aqis. Tapi Aqis kena luahkan juga mama. Demi Allah mama, mamalah satu-satunya orang yang teramat Aqis sayangi dan cintai.  Doakan Aqis mama. Doakan. Semoga mama sihat selalu dan dilimpahkan kurnia dariNya.
Salam sayang Balqis


Dikesat air mata yang jatuh berjurai. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan lirikan syahdu surat seorang anak kepada ibunya. Diletakkan kembali surat itu di tempatnya. Pandangan mata jatuh pada sebatang tubuh kurus dihadapannya. “Alah, biar jelah dia pergi. Aku pun suka kalau dia dah berambus dari sini. Tenang sikit jiwa aku, Kalau tak asyik teringat aje muka jantan tak guna tu” tersentap hati Rosminah  mendengar luahan Nur. ‘Astarfirullah, sampai macam tu sekali kau bencikan anak kau Nur? Apa salah dia Nur? Dia anak dari rahim kau. Ya Allah, apalah yang merasuk kau sampai bencikan Balqis macam tu sekali? Kalau dah bapanya yang salah, tak kan kau nak marahkan anaknya. Ingat Nur, Balqis tu satu-satunya anak yang kau ada. Jangan nanti dia bencikan kau, menyesal tak sudah nur. Aku tak faham lah dengan kau ni.” Rosminah melepaskan keluhan berat. Kesian anak yang tidak berdosa. Kerana peristiwa hitam ibu bapa, dia menjadi mangsa. 



p/s : Will continue :) 

No comments:

Post a Comment