My Nuffnang

Friday, October 11, 2013

Demi Dia yang Ku Cinta - Balqis Airin ( Bab 1)

Klik disini untuk :

Epilog


Bab 1

“Abang, jom la kita pergi ke bandar. Sayang, nak sangat merasa naik kereta baru abang tu. Jom la abang” terdengar rengetan suara isteri yang dikasihinya. Dikasihi? Jika betul dikasihi mengapa menduakannya? Hati lirihnya bertanya. Ah, kau tak mungkin faham duhai hati.
“Yela sayang, jom lah abang bawa ye.” Sambil mengusap lembut bahu si isteri Khairul mempelawa isterinya.  “Abang, nanti singgah kedai makcik siti tau, sayang teringin nak makan goreng pisang la bang”
“Yela sayang abang” kata khairul sambil membelok ke ke dai makcik Siti.
 “Makcik, pisang goreng RM 3, letak pencicah sekali tau makcik “
Nur memerhatikan suami kesayangannya dari jauh. Fikirannya terganggu dengan masalah keluarga suaminya. 
“Mak xkira, mak nak kamu bagi mak cucu tahun ni jugak. Mak dah lama tunggu tau. Kau tu satu-satunya anak mak, mak ingat bila kau dah kahwin dengan pilihan hati kau, kau dapat bagi mak cucu, tapi sekarang ni dah 5 tahun kamu kahwin, xkan xde lagi. Ke bini kamu tu mandul ? hah? Mak nak kahwinkan kau dengan Maznah anak lebai manan tu dulu kau taknak, cuba kau tengok, sekarang dah 3 orang anak dia. Padahal dia baru kahwin 4 tahun. “ Begitu sinis suara Hajjah Maimunah menusuk jantung hati Nur. Dia tahu, dia tidak mampu, tapi dia sedang berusaha. Merata tempat telah dikunjungi semata-mata mahu berubat. Tak terkecuali berjumpa dengan bomoh yang handal-handal, tapi hasilnya belum ada. Kadang-kadang dia terfikir mengapa Tuhan memberikan dugaan kepadanya.Apakah salahnya selama ini?
“Jangan bergerak, kalau tak aku tikam kau” Nur memandang ke tempat duduk belakang kereta suaminya melalui cermin pandang belakang. Kelihatan seorang lelaki memakai penutup muka sedang mengacukan sebilah parang panjang tepat dilehernya. Disebelah pemandu pula terdapat seorang lelaki  yang juga memakai penutup muka. Lelaki kedua cuba memandu kereta suaminya menuju ke tempat tidak diketahui. Nur memandang suaminya dengan linangan air mata. Khairul yang sedar dengan apa yang berlaku pada Nur,cuba untuk meminta bantuan orang ramai.
“Woi, jangan bawa isteri aku. Ambillah kereta tu kalau kau nak tapi jangan apa-apakan isteri aku, woi “ jeritan Khairul ternyata tidak mampu didengari oleh penyamun itu. Sedaya upaya dia mengejar tapi dia tidak mampu menyaingi kereta yang dipandu laju oleh penyamun itu.
“Cik, tolonglah, jangan apa-apakan saya, saya dah ada suami cik. Tolong cik” rayuan Nur hanya menambahkan gelak ketawa penyamun berdebah itu sahaja. Sikit pun tiada rasa simpati di wajah masing-masing. Kereta yang dipandu oleh penyamun itu memasuki kawasan bangunan lama. Tidak sedikit pun Nur mengenali kawasan tersebut. Hati kecilnya terus-terusan memohon doa kepada ilahi agar dirinya tidak diapa-apakan oleh penyamun itu.
“Hahaha. Hari ni makan besarlah kita kan kurus. yumyum “lelaki yang berbadan tegap bersuara. Manakala lelaki bertubuh kurus dan pendek itu mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum sinis. “Ye bos, memang makan besarlah, hahaha” sungguh takut Nur mendengar suara gelak tawa mereka. Nur dikeluarkan dari kereta suaminya oleh lelaki tegap itu, Nur cuba melarikan diri dari kedua-dua lelaki itu, tapi nasib tidak menyebelahi Nur, Nur jatuh tersembam setelah tersadung kain yang dipakainya. Penyamun kurus pendek terus menghampiri nur dan memegang kejap tangannya “Eh,  Engkau ni cuba nak goda kami ye? Belum apa-apa dah nak tunjuk peha kau tu ye” kata si lelaki kurus sambil menyingkap semua kain nur. “Tolong jangan buat aku macam ni. Tolonglah. Ya Allah, tolonglah “ belum sempat Nur menolak lelaki terbabit dirasakan belakang lehernya dihentam dengan senjata tumpul. Nur pengsan dan tidak sedarkan diri. “Huh, padan muka. Tulah nak menjerit lagi. Jom  bos, kita ratah dia “
. “Tolong, jangan-jangan. Tolong.” Nur menjerit-jerit dalam tidur, ternyata tidurnya diganggu oleh peristiwa hitam itu lagi. “Nur, bangun sayang. Abang kat sini sayang.” Lembut suara Khairul memanggil isterinya.
“Encik Khairul, setelah pemeriksaan yang dijalankan keatas Puan Nur Hidayah kami mendapati bahawa beliau telah dirogol. Sampel DNA yang kami dapati pada Puan Nur Hidayah menunjukkan beliau telah dirogol oleh dua individu. Terkedu mendengar penjelasan doktorIrfan,  khairul terduduk di penghujung penjuru wad. ‘Ya Allah, apa lagi cubaanMu keatas kami Ya Allah’ bisik khairul pada dirinya sendiri. Tanpa sedar, Hajjah Maimunah mendengari perbualan doktor Irfan dan juga khairul sebentar tadi. “ Em, bertambah sial la  perempuan tu. Makin benci aku dengan dia.”
“Mak tak kira, mak nak kamu ceraikan dia sebelum mak hilang sabar “ suara Hajjah Maimunah bergema memenuhi ruang rumah dua tingkat itu. “Tapi mak, kenapa saya kena ceraikan Nur. Apa salah isteri saya pada mak? Tolonglah mak, jangan buat kami macam ni mak. Kalau ye pun mak nak cucu, bersabarlah mak. Lagipun kita kena redha dengan ketentuan Ilahi. Kalau Allah dah kata saya tak dapat anak, kita kena terima.” Tegas kata-kata khairul.
“Eh, mak tak kira, apa yang tak dapatnya, keturunan kita tak pernah ada yang mandul, lainlah kalau isteri kau tu yang mandul. Aku tahulah keturunan dia. Dia tu bukannya anak kandung Haji Seman tu, dia tu anak pungut. Masa dia kecil ada orang kampung cerita pasal mak dia tu dulu perempuan club,bila mengandung digugurkannya, tapi bila mengandungkan bini kamu tu tak dapat pulak nak digugurkan. Macam-macam dia buat, tapi xnak keluar jugak. Entah-entah sial mak dia tu turun pada dia. Tu yang jadi mandul tu “sinis kata-kata Hajjah maimunah menghiris hati anaknya sendiri. Khairul berlalu pergi meninggalkan ibunya yang tak pernah memahami.




Bersambung....

No comments:

Post a Comment