My Nuffnang

Friday, September 20, 2013

Resepi Kuey Teaw Ladna (2 orang)

Resepi Kuey Teaw Ladna (2 orang)

Selingan disebalik resepi.haha, sorry pada sapa-sapa yang terbaca my blog. Saya orang baru dalam arena blog and kongsi-kongsi resepi, kalau ada salah dan silap, jangan segan-segan nak tegur kita. Kita terima semuanya (pasrah) J. Serious kita cakap, kita xberapa nak ada fiil nak tulis blog sebab pemikiran kita ni terlalu complicated. Semua nak perfect2, tapi kita sedar sapa kita, kita hanyalah insan biasa (puitis lagi) sampaikan nak buat permulaan ayat pun kena fikir 180 malam(ok, tipu).  Jom  layan resepi dulu ..


Bahan –bahan

1.       Kuey tiaw  (100g)
2.       Udang / Sotong
3.       Isi Ayam / Daging
4.       Kailan
5.       Cendawan
6.       Jagung muda
7.       Tepung Jagung / Ubi Kayu
8.       Bawang putih (tumbuk halus)
9.       Garam
1.        Gula
1.         Perasa

Cara memasak kuey tiaw :

1.       Panaskan 1 sudu kecil minyak.
2.       Tumiskan bawang putih yang ditumbuk halus sehingga keperang-perangan
3.       Masukkan kuey tiaw dan 1 sudu besar kicap manis. Kacau sehingga sebati.
4.       Angkat dan hidang di atas pinggan.


Cara memasak kuah :

1.       Tumis bawang putih yang telah ditumbuk halus sehingga naik bau.
2.       Masukkan isi ayam / daging dan juga udang/sotong.
3.       Biarkan isi ayam dan juga udang separuh masak.
4.       Masukkan  garam, serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
5.       Masukkan  kailan, jagung muda, dan juga cendawan.
6.       Setelah itu, masukkan air sebanyak 1 cawan.
7.       Biarkan selama 30 saat, tambahkan 1 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh dengan air  ke dalam masakan.
8.       Tutup api. Hidangkan di atas kuey tiaw yang telah digoreng tadi.


Untuk mencantikkan lagi masakan kita, boleh hias dengan bawang goreng, daun bawang / daun sup dan juga hirisan cili merah.

Ha, macam mana korang?senang tak nak masak kuey tiaw ladna ni? Bagi kita senang je, sebab cara kita memasak adalah campak, kacau jangan bagi hangit, itu sahaja.Hahaha.


p/s : kejap bahasakan diri (kita) kejap (aku) damn me!!.. lantak la.. asal korang paham.. kan..kan.. 

No comments:

Post a Comment