Resepi Ayam Paprik
My paprik for my hubby |
Bahan - bahan
1. 1kg Ayam (Dipotong 18)
2. 1 camca kecil Serbuk Kunyit
3. 1 Cawan minyak masak
4. Garam
5. Gula
6. Ajinomoto
Bahan Kisar
1. 3 ulas Bawang putih
2. 2 ulas Bawang merah
3. 5cm Halia
4. 1cm Lengkuas
5. 200g Cili Kering
Sayuran
1. 1 Batang Serai - dititik
2. 500g Kacang panjang
3. 1batang Lobak merah
4. 300g Bunga kubis
5. 4 batang Jagung muda – dibelah 4
Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam selama 5 minit
2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak sama, tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, 1/2 camca kecil garam, dan 1 camca besar gula,dan sedikit Ajinomoto. Setelah tumisan mengeluarkan minyak yang banyak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak sehingga kuah meresap kedalam isi ayam.
5. Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah, bunga kubis dan juga jagung muda. Kacau sehingga sebati.
6. Biarkan selama 5 minit untuk memasak sayuran dan biarkannya sebati dengan kuah paprik.
7. Tutup api. Hidangkan bersama nasi panas.
yumm..yumm |
Catatan Azwa :
1. Paprik merupakan salah satu makanan kegemaran azwa dan suami sebab paprik ni macam masak merah (Color je sama, rasa lain tau.haha)
2. Rasa yang lebih meriah sebab ada halia, serai dan lengkuas.
3. Masak paprik dengan masak merah adalah lebih kurang sama sebab dua-dua kena goreng ayam dulu J . Yang beza cuma bahan-bahan tumis.
4. First paprik yang azwa rasa adalah air tangan my ma.
Ok Guys, Bye.. Assalam
rajin masak, untung laki :P
ReplyDelete